Berita Berita
Kes 1MDB: Azam Baki puji ketekunan pasukan penyiasat, pendakwaan penat lelah selama 10 tahun
KUALA LUMPUR 26 Dis - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Razak adalah manifestasi pelaksanaan amanah institusi penguat kuasa, hasil usaha panjang dan berterusan pasukan penyiasat serta pendakwaan sejak hampir sedekad lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hari ini menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pegawai penyiasat serta pasukan pendakwaan yang disifatkan bekerja tanpa mengenal penat lelah sejak siasatan 1MDB dimulakan pada Julai 2015 sehingga membawa kepada keputusan penghakiman kes berkenaan.
"Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan ketekunan luar biasa pegawai penyiasat, khususnya dalam mendapatkan keterangan dan bukti sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
"Siasatan ini berdepan dengan pelbagai cabaran perundangan, teknikal dan bidang kuasa, namun pasukan penyiasat kekal beriltizam untuk memenuhi piawaian perundangan yang ketat bagi membolehkan kes ini dibawa dan dibicarakan di mahkamah.
"Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang tempoh siasatan ini, khususnya Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Azam berkata, kerjasama rakan penguat kuasa luar negara turut memainkan peranan penting dalam proses mendapatkan bukti rentas sempadan melalui mekanisme Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance).
Katanya, antara agensi yang memberikan bantuan amat bernilai termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), Pusat Penyelarasan Antirasuah Antarabangsa (IACCC) United Kingdom (UK), Pejabat Peguam Negara Switzerland, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura serta pihak berkuasa berkaitan dari Belanda dan Barbados.
"Profesionalisme serta komitmen berterusan mereka dalam kerjasama rentas sempadan ini amat dihargai," katanya.
Bagaimanapun, Azam menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan bekas Perdana Menteri itu tidak wajar dijadikan detik untuk diraikan atau dibanggakan.
Sebaliknya, beliau berkata, keputusan berkenaan mencerminkan pelaksanaan tanggungjawab dan amanah kepada negara selaras dengan mandat serta kepercayaan yang diberikan kepada SPRM.
"SPRM akan kekal untuk menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Siasatan kami akan berpandukan sepenuhnya kepada fakta, bukti dan kepentingan awam," katanya.
Hari ini, Najib disabitkan bersalah menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berita berkaitan
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
Ibu dan anak maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban–Port Dickson
January 17, 2026, 11:19 am
PGA Sabah tahan 23 individu, rampas vape dan e-liquid bernilai lebih RM635,000
January 17, 2026, 11:14 am
Bekas wartawan FMT ditahan polis susulan soalan kontroversi dalam wacana awam
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
