Berita Berita
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
NIBONG TEBAL 17 Jan – Seorang lelaki tempatan maut selepas ditembak dalam satu kejadian di hadapan sebuah premis cuci kenderaan di Jalan Besar Permatang Keling, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa berusia 38 tahun yang dipercayai pemilik premis berkenaan dilaporkan berada di hadapan premis sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Difahamkan, salah seorang suspek melepaskan lebih enam das tembakan dari jarak dekat ke arah mangsa, menyebabkan lelaki tersebut mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Parit Buntar, Perak untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Taiping. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.
“Siasatan sedang dijalankan dan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian ini,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bedah siasat ke atas mangsa dijadualkan dijalankan hari ini di Hospital Taiping.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
Lagi kes hina al-Quran: MCMC siasat akaun media sosial Dickie Borneo
March 11, 2026, 9:50 pm
