Berita Berita
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
SEPANG 17 Jan – Polis mengklasifikasikan laporan kehilangan pelakon, Nadiah Kasumawati Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Nadia Kesuma, 50, sebagai kes Orang Hilang (OH).
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M. Ravi berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kehilangan wanita itu yang dibuat oleh adiknya berusia 47 tahun, tengah hari semalam.
Menurut beliau, laporan tersebut menyatakan Nadia gagal dihubungi oleh ahli keluarga selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah, Arab Saudi pada jam 12.30 tengah malam, 15 Januari lalu.
“Kes telah diklasifikasikan sebagai Orang Hilang dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Nadia supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di talian 03-8776 8222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor R. Puvanesan di talian 019-588 3034 bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, media melaporkan Nadia Kesuma menyertai pakej umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan melibatkan 21 peserta dari 14 hingga 28 Januari ini.
Bagaimanapun, pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta itu gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah apabila tidak muncul di balai pelepasan untuk penerbangan sambungan ke London.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
