Berita Berita
PGA Sabah tahan 23 individu, rampas vape dan e-liquid bernilai lebih RM635,000
KOTA KINABALU 17 Jan – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair e-liquid bernilai lebih RM635,000 menerusi Op Taring Alpha 3 yang dijalankan serentak di tujuh daerah di Sabah, kelmarin.
Operasi bersepadu dari jam 9 pagi hingga 6 petang itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, operasi tersebut melibatkan kawasan Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Beluran, Keningau dan Semporna.
“Hasil operasi berjaya menahan 23 individu berusia antara 20 hingga 35 tahun, terdiri daripada 18 lelaki dan lima wanita. Kesemua mereka adalah warga tempatan dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pihaknya turut merampas sebanyak 9,000 unit peranti rokok elektronik, 3,000 unit vape serta 1,915 unit cecair e-liquid dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM635,262.
Dalam pada itu, Nor Omar menegaskan bahawa pihak polis akan terus komited dan konsisten dalam membanteras aktiviti penyeludupan serta perniagaan haram di Sabah.
Beliau turut menggesa orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan penjualan dan pengedaran rokok elektronik, vape serta cecair e-liquid yang menyalahi undang-undang bagi membantu tindakan penguatkuasaan.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
Lagi kes hina al-Quran: MCMC siasat akaun media sosial Dickie Borneo
March 11, 2026, 9:50 pm
