Berita Berita
Ibu dan anak maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban–Port Dickson
SEREMBAN 17 Jan – Seorang wanita dan anak perempuannya maut selepas motosikal yang ditunggang bersama dua anaknya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 10 Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH) arah selatan, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, mangsa berusia 40 tahun menunggang motosikal jenis SYM bersama dua anaknya berusia 12 dan 14 tahun menghala ke Seremban.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Muhd Amrul Yazid Anuar berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan kereta jenis Proton Preve yang dipandu lelaki berusia 46 tahun bersama isterinya dari arah Port Dickson menuju ke Seremban.
“Ketika kejadian, kereta berada di lorong kiri manakala motosikal ditunggang mangsa berada di lorong kecemasan.
“Motosikal tersebut dipercayai memasuki lorong laluan kenderaan secara tiba-tiba menyebabkan pemandu kereta tidak sempat mengelak sebelum melanggar motosikal berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, penunggang motosikal dan anak perempuannya yang berusia 14 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi anak lelaki mangsa berusia 12 tahun mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.
Tambahnya, pemandu kereta dan penumpang hanya mengalami kecederaan ringan.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
Lagi kes hina al-Quran: MCMC siasat akaun media sosial Dickie Borneo
March 11, 2026, 9:50 pm
