Berita Berita
Bekas wartawan FMT ditahan polis susulan soalan kontroversi dalam wacana awam
KUALA LUMPUR 17 Jan – Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, ditahan polis awal pagi ini susulan soalan kontroversi yang dikemukakannya dalam satu wacana awam pada Isnin lalu.
Menurut laporan FMT, Rex, 31, yang meletakkan jawatan daripada portal berita itu semalam, ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Peguamnya, Rajsurian Pillai mengesahkan penahanan tersebut dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, dengan siasatan difahamkan dikendalikan oleh Bukit Aman.
Wacana awam berkenaan bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” dan menampilkan ahli politik Britain, George Galloway sebagai panel jemputan.
Sebelum ini, tindakan Rex mengemukakan soalan dalam wacana tersebut mencetuskan kecaman meluas di media sosial.
Susulan itu, beliau tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui gagal mengambil kira kesesuaian soalan yang dikemukakan selain tidak mempertimbangkan sensitiviti isu berkenaan dengan sewajarnya.
Rex turut mengakui kegagalannya memenuhi tahap profesionalisme yang diharapkan daripada seorang wartawan serta merayu orang ramai supaya tidak menyerang FMT Media dan ahli keluarganya.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
Lagi kes hina al-Quran: MCMC siasat akaun media sosial Dickie Borneo
March 11, 2026, 9:50 pm
