Berita Berita
Kes 1MDB: Najib dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, denda RM11.38 bilion
PUTRAJAYA 26 Dis - Mahkamah Tinggi malam ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.38 bilion terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas beliau disabitkan bersalah atas keseluruhan pertuduhan berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah pada jam 9 malam, selepas mahkamah mendapati bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu bersalah terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Bagi empat pertuduhan menggunakan kedudukan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun, manakala bagi setiap 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib dihukum penjara lima tahun.
Mahkamah turut memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak dan hanya bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman penjara bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Selain itu, Sequerah memerintahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani hukuman penjara tambahan selama 40 tahun sekiranya gagal membayar denda RM11.38 bilion yang dikenakan ke atasnya.
Berita berkaitan
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
Ibu dan anak maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban–Port Dickson
January 17, 2026, 11:19 am
PGA Sabah tahan 23 individu, rampas vape dan e-liquid bernilai lebih RM635,000
January 17, 2026, 11:14 am
Bekas wartawan FMT ditahan polis susulan soalan kontroversi dalam wacana awam
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
