Berita Berita
Penunggang motosikal maut dirempuh lembu liar di Lebuh AMJ Serkam
JASIN 29 Dis – Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal mereka masing-masing melanggar seekor lembu liar yang melintas jalan di Lebuh AMJ Serkam, di sini lewat malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kemalangan itu kira-kira jam 11 malam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati insiden tersebut membabitkan dua buah motosikal serta seekor lembu yang dipercayai tiba-tiba melintas jalan.
“Kejadian berlaku ketika kedua-dua penunggang motosikal berusia 25 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Merlimau menghala ke Jasin.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, seekor lembu dipercayai melintas secara mengejut dari arah kanan ke kiri jalan menyebabkan kedua-dua penunggang tidak sempat mengelak sebelum melanggar haiwan berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, kedua-dua motosikal terbabas ke lorong kiri jalan.
“Seorang mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Tambah beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Wan Nuralia Asyikin Wan Ibrahim di talian 011-6464 8182 atau Kaunter Aduan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin di 06-529 2222 sambungan 260.
Berita berkaitan
January 18, 2026, 6:08 am
Tanda tanya terjawab, Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah akibat sakit jantung
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
Ibu dan anak maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban–Port Dickson
January 17, 2026, 11:19 am
PGA Sabah tahan 23 individu, rampas vape dan e-liquid bernilai lebih RM635,000
January 17, 2026, 11:14 am
Bekas wartawan FMT ditahan polis susulan soalan kontroversi dalam wacana awam
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
