Berita Berita
Tanda tanya terjawab, Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah akibat sakit jantung
KUALA LUMPUR 18 Jan - Pelakon, Nadia Kesuma, 50, yang dilaporkan hilang di Arab Saudi sejak Khamis lalu, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.
Berita duka itu disahkan oleh anak perempuannya yang dikenali sebagai Myra menerusi platform Threads awal pagi tadi.
“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Binti Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari 2026, khamis sekitar pukul 8.07 malam.
“Arwah meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di lapangan terbang Jeddah.
“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada pukul 11.10. Berita tersebut disampaikan oleh agensi pelancongan itu sendiri.
“Terima kasih kepada kalian yang tidak berhenti menitipkan doa buat mama. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah,” kongsinya.
Terdahulu Allahyarham, yang mengikuti rombongan umrah – London – Paris dikaporkan hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz sejak khamis lepas. Jenazahnya akan dikebumikan di Jeddah.
Khabar duka itu turut dikongsikan sahabat baiknya pelakon Anne Abdullah menerusi Instagram.
“Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang berat, setelah segala usaha, siasatan dan bantuan daripada semua pihak, kami ingin memaklumkan bahawa sahabat kita yang tercinta, Nadiah Kesumawati binti Abdul Karim telah kembali ke rahmatullah di Jeddah.
“Pemergian ini amat menyedihkan dan meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap individu dan pihak yang telah membantu, berusaha, mendoakan serta memberi sokongan sepanjang proses pencarian dan siasatan ini.
“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, menerima segala amal kebaikannya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan berkasih sayang dengan-Nya. Al-Fatihah.
“Semoga keluarga arwah diberi ketabahan, kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian yang berat ini. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali,” tulisnya.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
Lagi kes hina al-Quran: MCMC siasat akaun media sosial Dickie Borneo
March 11, 2026, 9:50 pm
