Berita Berita
Dua lelaki dalam perjalanan ke tempat kerja maut kereta dipandu rempuh tiang elektrik
DUNGUN 29 Dis - Perjalanan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila dua lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Kilometer 3 Jalan Paka–Bandar Al Muktaffi Billah Shah, berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Paka, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Asyraf Mohd Zahir, 21, dan seorang warga Pakistan, Siraj Norman, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Kedua-dua mangsa merupakan pekerja kontrak sebuah syarikat dan dipercayai dalam perjalanan dari rumah sewa mereka di Paka menuju ke tempat kerja di Santong Paka ketika kemalangan berlaku.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Rohaya Jamil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.34 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka digerakkan ke lokasi.
“Sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza terbabit dalam kemalangan itu dengan lapan mangsa lelaki dewasa berada di dalamnya.
“Enam mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam, manakala dua lagi tersepit di dalam kenderaan sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.
Menurut Rohaya, semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati MPV berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
January 18, 2026, 6:08 am
Tanda tanya terjawab, Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah akibat sakit jantung
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
Ibu dan anak maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban–Port Dickson
January 17, 2026, 11:19 am
PGA Sabah tahan 23 individu, rampas vape dan e-liquid bernilai lebih RM635,000
January 17, 2026, 11:14 am
Bekas wartawan FMT ditahan polis susulan soalan kontroversi dalam wacana awam
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
