Berita Berita
Kontroversi gelaran ‘Dr’ sudah selesai - Dr Mohammed Taufiq
ALOR STAR 29 Dis – Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menganggap kontroversi berkaitan penggunaan gelaran ‘doktor’ oleh beliau telah selesai susulan penjelasan yang dibuat oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
Beliau berkata, penjelasan MMC berhubung perkara itu sudah memadai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.
“Saya percaya MMC telah pun menjelaskan perkara ini,” katanya selepas lawatan kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Kedah, di sini hari ini.
Menurut beliau, fokus utamanya kini adalah memastikan aspirasi kerajaan diterjemahkan kepada hasil yang bermakna dalam pembangunan belia dan sukan negara.
“Fokus utama saya sekarang adalah kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi memastikan agenda pembangunan belia dan sukan dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.
Pada 24 Disember lalu, MMC menjelaskan bahawa graduan perubatan dibenarkan menggunakan gelaran ‘doktor’ sebagai mencerminkan kelayakan akademik, walaupun mereka tidak berdaftar sebagai pengamal perubatan dengan badan itu.
Bagaimanapun, isu tersebut terus dibangkitkan oleh pihak pembangkang, khususnya berkaitan universiti tempat Dr Mohammed Taufiq memperoleh kelayakan perubatan, Universitas Islam Bandung, yang tidak diiktiraf oleh kerajaan, MMC atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Mengulas lanjut, Dr Mohammed Taufiq berkata, beliau kini mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada pelaksanaan tugas dan tanggungjawab di kementeriannya.
“Sekarang adalah masa untuk kita bergerak ke hadapan dan melaksanakan kerja. Saya memohon ruang dan masa supaya pembangunan belia serta pemerkasaan sektor sukan dapat terus diperkukuhkan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan penglibatan kementerian di peringkat negeri bukan sekadar pemeriksaan rutin, sebaliknya bertujuan menilai aspek kesiapsiagaan, kebajikan serta pelaksanaan program di peringkat akar umbi.
Katanya, maklum balas daripada pegawai belia dan sukan di peringkat negeri juga penting bagi membolehkan isu-isu berkaitan ditangani secara berkesan di peringkat kementerian.
Berita berkaitan
January 18, 2026, 6:08 am
Tanda tanya terjawab, Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah akibat sakit jantung
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
Ibu dan anak maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban–Port Dickson
January 17, 2026, 11:19 am
PGA Sabah tahan 23 individu, rampas vape dan e-liquid bernilai lebih RM635,000
January 17, 2026, 11:14 am
Bekas wartawan FMT ditahan polis susulan soalan kontroversi dalam wacana awam
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
