Berita Berita
Lelaki tak sempat jual Lamborghini, JPJ sita gara-gara LKM tamat tempoh 15 bulan di Kuala Selangor
KUALA SELANGOR 29 Dis - Impian seorang pemilik perniagaan kenderaan terpakai untuk menjual sebuah kereta mewah jenis Lamborghini terbantut apabila kenderaan berkenaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans telah tamat tempoh selama 15 bulan.
Tindakan penguatkuasaan itu diambil dalam pemeriksaan Ops Luxury di susur keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur–Kuala Selangor (LATAR) di sini, kira-kira jam 10.05 pagi semalam.
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 34 tahun itu sedang dalam perjalanan ke Setia Alam bagi urusan jual beli kenderaan berkenaan.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati kereta mewah tersebut gagal mempamerkan nombor pendaftaran di bahagian hadapan.
“Hasil pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati LKM dan insurans kenderaan itu telah tamat tempoh sejak 15 bulan lalu.
“Alasan yang diberikan adalah kerana pemilik ingin menjual kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Azrin berkata, semakan lanjut turut mendapati pemandu berkenaan mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau termasuk gagal mematuhi had laju, tidak memiliki lesen memandu dan lesen memandu percubaan yang telah tamat tempoh.
Susulan itu, kenderaan terbabit disita dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa (SPK) Ijok untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, beliau menegaskan JPJ Selangor akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan terhadap semua aduan yang diterima.
“Ia bagi memastikan setiap kenderaan di jalan raya sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.
Berita berkaitan
January 18, 2026, 6:08 am
Tanda tanya terjawab, Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah akibat sakit jantung
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
Ibu dan anak maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban–Port Dickson
January 17, 2026, 11:19 am
PGA Sabah tahan 23 individu, rampas vape dan e-liquid bernilai lebih RM635,000
January 17, 2026, 11:14 am
Bekas wartawan FMT ditahan polis susulan soalan kontroversi dalam wacana awam
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
