Berita Berita
Jaga-jaga, panggil orang ‘anjing’ boleh dipenjara enam bulan
JAKARTA 29 Dis - Tindakan menghina individu lain dengan gelaran seperti ‘anjing’ kini boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah (kira-kira RM2,400) di Indonesia susulan penguatkuasaan Kanun Jenayah (KUHP) baharu negara itu.
Menurut laporan portal berita Warta Lombok, peruntukan undang-undang terkini itu memperuntukkan hukuman lebih berat berbanding perundangan sedia ada.
Di bawah KUHP lama, khususnya Perkara 315, perbuatan penghinaan yang dilakukan secara sengaja sama ada secara lisan atau bertulis, di khalayak ramai atau secara langsung kepada individu yang dihina, hanya boleh dikenakan hukuman penjara maksimum empat bulan dua minggu.
Bagaimanapun, menerusi KUHP baharu yang akan berkuat kuasa mulai 2 Januari tahun depan, kesalahan berkaitan penghinaan kini diperuntukkan di bawah Perkara 436.
Perkara tersebut memperincikan bahawa penghinaan yang tidak termasuk dalam kategori fitnah, sama ada dilakukan secara lisan atau bertulis, boleh diklasifikasikan sebagai penghinaan ringan.
Pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum Kategori II iaitu sekitar 10 juta rupiah, dan peruntukan itu terpakai sama ada penghinaan dilakukan secara langsung atau di tempat awam.
Melalui pelaksanaan undang-undang baharu ini, kerajaan Indonesia berharap ia dapat membendung kes buli, khususnya dalam bentuk lisan, selain menggalakkan pembentukan budaya pertuturan yang lebih beradab dan sopan dalam kalangan masyarakat. — AGENSI
Berita berkaitan
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
Ibu dan anak maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban–Port Dickson
January 17, 2026, 11:19 am
PGA Sabah tahan 23 individu, rampas vape dan e-liquid bernilai lebih RM635,000
January 17, 2026, 11:14 am
Bekas wartawan FMT ditahan polis susulan soalan kontroversi dalam wacana awam
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
