Berita Berita
Anggota polis cedera, papan tanda terpelanting dilanggar warga asing ketika 'roadblock' di Bukit Gambir
GEORGETOWN 2 Jan – Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah sempena Ambang Tahun Baharu 2026 di Jalan Bukit Gambir, Gelugor, awal pagi tadi bertukar cemas apabila seorang anggota polis cedera dalam insiden kemalangan melibatkan sebuah motosikal ditunggang warga asing.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu berlaku apabila motosikal Yamaha ditunggang lelaki berusia 31 tahun hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang diperiksa polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) berkenaan.
"Impak kemalangan berkenaan menyebabkan motosikal terbabit terlanggar papan tanda SJR sebelum terpelanting dan mengenai kaki kiri seorang anggota polis lelaki berusia 37 tahun yang sedang bertugas ketika itu.
"Susulan kejadian, penunggang motosikal warga asing dan anggota polis berkenaan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Lee, pemandu kereta Perodua Myvi iaitu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden berkenaan.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan.
Berita berkaitan
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
Ibu dan anak maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban–Port Dickson
January 17, 2026, 11:19 am
PGA Sabah tahan 23 individu, rampas vape dan e-liquid bernilai lebih RM635,000
January 17, 2026, 11:14 am
Bekas wartawan FMT ditahan polis susulan soalan kontroversi dalam wacana awam
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
