Berita Berita
Sanusi tolak dicalonkan Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri lebih layak
ALOR SETAR 2 Jan - Kemelut kepimpinan dalam Perikatan Nasional (PN) terus mencuri tumpuan apabila nama Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mula disebut sebagai calon Pengerusi gabungan itu, namun cadangan berkenaan segera ditolak oleh pemimpin PAS terbabit.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu menegaskan beliau tidak bersetuju dengan usaha mengaitkan namanya sebagai pengganti kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya berpandangan masih terdapat tokoh lain yang lebih layak untuk memegang jawatan tertinggi dalam PN.
Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang kini menerajui Terengganu adalah calon lebih sesuai dan wajar dipertimbangkan untuk mengetuai gabungan berkenaan.
"Saya tak setuju, ada calon lain yang lebih layak. Saya cadang Menteri Besar Terengganu (Ahmad Samsuri)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya menyatakan persetujuan terhadap pencalonan Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN sebagai Pengerusi gabungan itu, selain sokongan turut dizahirkan oleh Pemuda PAS Selangor.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden BERSATU mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa Khamis lalu susulan krisis politik yang melanda Perlis.
Bekas Perdana Menteri itu memegang jawatan berkenaan sejak PN didaftarkan secara rasmi pada 7 Ogos 2020.
Sebelum ini, wujud beberapa desakan daripada PAS termasuk oleh Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang menyuarakan pandangan supaya jawatan Pengerusi PN diberikan kepada PAS.
Perselisihan hubungan antara PAS dan BERSATU pula dilihat semakin ketara susulan pergolakan politik di Perlis yang menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang dari PAS, Mohd Shukri Ramli meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Berita berkaitan
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
Ibu dan anak maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban–Port Dickson
January 17, 2026, 11:19 am
PGA Sabah tahan 23 individu, rampas vape dan e-liquid bernilai lebih RM635,000
January 17, 2026, 11:14 am
Bekas wartawan FMT ditahan polis susulan soalan kontroversi dalam wacana awam
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
