Berita Berita
'Kita berjihad, buat apa nak takut' - Ketua Polis Kelantan sahkan terima ugutan
KOTA BHARU 2 Jan - Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, mengesahkan menerima ugutan dipercayai daripada sindiket yang terkesan dengan ketegasan pasukan pimpinannya menangani jenayah di negeri ini.
Katanya, ugutan itu diterima pada 22 Disember lalu menerusi contengan menggunakan dakwat merah pada dinding Lapang Sasar Polis Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak gentar dengan ugutan itu dan pihaknya sedang mengenal pasti pasti dalang kejadian berkenaan.
"Kita berjihad, buat apa nak takut. Saya tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan kerana ada pihak yang berasa tercabar dengan tindakan tegas Polis Kelantan memerangi jenayah membabitkan sindiket along dan sebagainya di negeri ini.
"Berdasarkan tulisan pada dinding serta ayat yang digunakan, saya tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh sindiket dan sudah dirancang lebih awal," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Saya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini supaya tampil membantu siasatan polis," katanya.
Terdahulu, beberapa foto tular dalam media sosial memaparkan tulisan berbaur ugutan menggunakan dakwat merah di Lapang Sasar Polis Kontinjen Kelantan.
Berita berkaitan
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
Ibu dan anak maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Seremban–Port Dickson
January 17, 2026, 11:19 am
PGA Sabah tahan 23 individu, rampas vape dan e-liquid bernilai lebih RM635,000
January 17, 2026, 11:14 am
Bekas wartawan FMT ditahan polis susulan soalan kontroversi dalam wacana awam
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
