Berita Berita
Pegawai, anggota polis IPD Bachok disiasat peras ugut RM6,000 daripada ibu suspek dadah
KOTA BHARU 4 Jan - Polis Kelantan sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang pegawai dan beberapa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok susulan dakwaan memeras wang daripada keluarga seorang suspek kes dadah, membabitkan jumlah RM6,000 pada 30 Disember lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata satu siasatan dalaman telah dilancarkan serta-merta pada hari berkenaan ke atas semua individu terbabit.
"Ia berikutan pegawai dan anggota terbabit didakwa meminta wang serta mengugut ibu suspek itu untuk menyerahkan duit berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Yusoff berkata, siasatan masih dijalankan dan tindakan lanjut ke atas pegawai serta anggota berkenaan akan ditentukan selepas itu.
Beliau menekankan bahawa pihaknya tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku, dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya dakwaan itu terbukti benar.
Sementara itu, menurut sumber, wanita terbabit mendakwa anak lelakinya ditahan oleh beberapa anggota polis di Bachok kerana disyaki memiliki dadah pada hari kejadian.
Ibu berkenaan mendakwa anggota terbabit meminta wang RM6,000 daripadanya dan mengugut bahawa anaknya akan dimasukkan ke lokap serta dikenakan pertuduhan di mahkamah pada keesokan hari sekiranya bayaran tidak dibuat sebelum tengah malam.
Wanita yang berasal dari Terengganu itu kemudiannya meminta bantuan seorang rakan sebelum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 10:54 pm
Awas, rakyat tipu maklumat STR boleh dikenakan tindakan undang-undang - MoF
January 14, 2026, 10:14 pm
Pegawai syariah, peguam syarie direman terlibat kes kartel hibah bernilai RM91,000
January 14, 2026, 8:46 pm
Hari Ponggal lambang perpaduan, rakyat diingatkan tolak politik pecah belah – Yuneswaran
January 14, 2026, 6:46 pm
Kabinet beri 'lampu hijau' KDN laksana operasi pekerja asing salah guna visa
January 14, 2026, 5:13 pm
Wanita dakwa dicabul, dipukul 'pegawai polis' ketika tunggu suami dalam kereta di Gombak
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
