Berita Berita
Dikejar anjing, lelaki maut dirempuh lori, isteri dan bayi parah di Kluang
KLUANG 4 Jan - Tragedi menyayat hati berlaku di Jalan Empangan, Taman Murni Jaya, Machap apabila seorang lelaki maut manakala isteri serta anak lelakinya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, mangsa Muhammad Amirul Azim Hamdan, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya Noor Haidah Mohd Basri, 28, mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata anak pasangan terbabit, seorang bayi lelaki berusia 20 bulan, turut cedera dan kini dirawat di hospital sama.
Katanya, siasatan awal mendapati motosikal jenis Benelli TNT300 yang ditunggang mangsa dengan membonceng isteri serta anaknya sedang dalam perjalanan dari Tasik Machap menghala ke Taman Murni.
"Semasa tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan akibat dikejar anjing lalu memasuki laluan bertentangan.
"Motosikal itu kemudiannya melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan sebelah kanan. Akibatnya, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
"Isteri dan anak mangsa juga cedera di kepala dan mereka kini dirawat di zon merah hospital sama," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, susulan kemalangan itu, polis turut menjalankan ujian saringan air kencing ke atas pemandu lori berusia 42 tahun, namun hasilnya didapati negatif dadah.
"Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kemalangan ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222 (hotline), 07-7784256 atau 014-365682," katanya.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 10:54 pm
Awas, rakyat tipu maklumat STR boleh dikenakan tindakan undang-undang - MoF
January 14, 2026, 10:14 pm
Pegawai syariah, peguam syarie direman terlibat kes kartel hibah bernilai RM91,000
January 14, 2026, 8:46 pm
Hari Ponggal lambang perpaduan, rakyat diingatkan tolak politik pecah belah – Yuneswaran
January 14, 2026, 6:46 pm
Kabinet beri 'lampu hijau' KDN laksana operasi pekerja asing salah guna visa
January 14, 2026, 5:13 pm
Wanita dakwa dicabul, dipukul 'pegawai polis' ketika tunggu suami dalam kereta di Gombak
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
