Berita Berita
Lelaki mati ditembak ketika makan di restoran makanan segera di Banting
BANTING 5 Jan - Suasana tenang di sebuah restoran makanan segera di sini bertukar kecoh apabila seorang lelaki maut ditembak dalam satu kejadian mengejutkan pada malam Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa dipercayai sedang makan di restoran berkenaan sebelum ditembak oleh individu tidak dikenali. Pasukan polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi dan segera mengawal kawasan kejadian bagi tujuan siasatan.
Tinjauan di lokasi mendapati kawasan berkenaan dikawal ketat oleh pihak polis bagi membolehkan pasukan forensik menjalankan pemeriksaan terperinci. Kawasan kejadian turut menjadi tumpuan orang awam apabila ramai memberhentikan kenderaan untuk mengetahui perkembangan insiden terbabit.
Turut berada di lokasi ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din serta Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi bagi memantau perjalanan siasatan.
Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dikerahkan ke lokasi bagi membantu siasatan dan mengesan sebarang petunjuk berkaitan kejadian tembakan itu.
Difahamkan, suspek dipercayai seorang lelaki yang menunggang motosikal dan kini masih diburu polis. Insiden berkenaan turut tular di media sosial, khususnya Facebook, dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Pihak polis memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan bagi menjelaskan butiran lanjut berhubung kejadian tersebut.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 10:54 pm
Awas, rakyat tipu maklumat STR boleh dikenakan tindakan undang-undang - MoF
January 14, 2026, 10:14 pm
Pegawai syariah, peguam syarie direman terlibat kes kartel hibah bernilai RM91,000
January 14, 2026, 8:46 pm
Hari Ponggal lambang perpaduan, rakyat diingatkan tolak politik pecah belah – Yuneswaran
January 14, 2026, 6:46 pm
Kabinet beri 'lampu hijau' KDN laksana operasi pekerja asing salah guna visa
January 14, 2026, 5:13 pm
Wanita dakwa dicabul, dipukul 'pegawai polis' ketika tunggu suami dalam kereta di Gombak
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
