Berita Berita
Treler terbabas di SPE, pemandu dan kelindan maut tercampak ke bawah lebuh raya
KUALA LUMPUR 20 Jan - Kemalangan tragis di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) meragut nyawa dua lelaki selepas sebuah treler terbabas sebelum melanggar penghadang konkrit berhampiran sebuah kilang di Jalan Chan Sow Lin, malam Isnin.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nur Zahela Mohamad Zainal berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGO KL) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.55 malam.
"Seramai sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya pasukan di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan treler telah melanggar batu penghadang konkrit yang mengakibatkan dua lelaki tempatan tercampak ke bawah lebuh raya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, kedua-dua mangsa yang merupakan pemandu dan kelindan treler disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Kerja-kerja mengangkat mangsa dilakukan dan mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata, dalam kejadian sama turut berlaku satu lagi insiden membabitkan sebuah kren yang sedang menjalankan kerja di tapak pembinaan berhampiran lokasi kemalangan.
"Terdapat seorang lelaki warga Pakistan cedera di kaki dan telah diberikan rawatan awal oleh anggota paramedik sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," ujarnya.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 9:47 pm
Mahkamah arah sita aset Caprice gagal bayar kos RM8,000 kes saman fitnah
January 21, 2026, 7:57 pm
Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik dua sen, diesel Semenanjung naik empat sen
January 21, 2026, 7:31 pm
SPRM heret dua bekas panglima ATM ke mahkamah kes rasuah dan salah guna kuasa minggu ini
January 21, 2026, 3:39 pm
Pusat beli-belah sesuai bakal dilesenkan sebagai hab pengangkutan awam di Lembah Klang
January 21, 2026, 3:30 pm
Semua perolehan pertahanan mesti selari Dasar Industri Pertahanan Negara – PM
January 21, 2026, 3:27 pm
KPM jamin guru, bilik darjah cukup untuk terima murid enam tahun masuk darjah 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 2:06 pm
Murid 6 tahun perlu lulus ujian khas untuk layak masuk Tahun 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 1:18 pm
DIPN perlu telus, bebas rasuah untuk jamin keberkesanan pertahanan negara – PM
January 21, 2026, 12:49 pm
JAIS siasat Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri muat naik hantaran berunsur politik kepartian
January 21, 2026, 12:30 pm
