Berita Berita
Lubang benam dikesan di Jalan Kenyalang 1, Bayan Lepas, lorong ditutup enam hari
GEORGETOWN 20 Jan - Lorong sisi di Jalan Kenyalang 1, Bayan Lepas ditutup sementara selama enam hari bermula semalam susulan penemuan lubang benam yang menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang memaklumkan, penutupan itu akan berkuat kuasa sehingga 25 Januari ini bagi membolehkan kerja-kerja siasatan dan pembaikan dijalankan.
"Sehubungan itu, pengguna jalan raya di kawasan terbabit diminta memberikan kerjasama sepanjang penutupan jalan ini dan berhati-hati memandu, merancang perjalanan serta mematuhi arahan pihak berwajib," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata lubang benam berkenaan dikesan kira-kira jam 9.30 pagi semalam dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
"Lubang benam itu membabitkan panjang dua meter (m) dengan lebar 2m juga dan kedalaman kira-kira 1.7m.
"Setakat ini, jalan utama tidak terjejas dan cuma membabitkan penutupan lorong sisi.
"Pihak berkenaan telah mengambil tindakan awalan dengan memasang pengadang plastik untuk menutup jalan di kedua-dua arah, dan tindakan pengorekan lubang benam diambil bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 3:39 pm
Pusat beli-belah sesuai bakal dilesenkan sebagai hab pengangkutan awam di Lembah Klang
January 21, 2026, 3:30 pm
Semua perolehan pertahanan mesti selari Dasar Industri Pertahanan Negara – PM
January 21, 2026, 3:27 pm
KPM jamin guru, bilik darjah cukup untuk terima murid enam tahun masuk darjah 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 2:06 pm
Murid 6 tahun perlu lulus ujian khas untuk layak masuk Tahun 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 1:18 pm
DIPN perlu telus, bebas rasuah untuk jamin keberkesanan pertahanan negara – PM
January 21, 2026, 12:49 pm
JAIS siasat Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri muat naik hantaran berunsur politik kepartian
January 21, 2026, 12:30 pm
Wee Ka Siong dirawat akibat jangkitan paru-paru
January 21, 2026, 12:18 pm
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tegur dua timbalan menteri berbual ketika sidang
January 21, 2026, 12:15 pm
'Saya anak Kampung Baru Cina, saya dapat A+ Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dalam STPM' - Kor Ming
January 21, 2026, 12:12 pm
