Berita Berita
MCMC siasat isu China Press salah terjemah titah Agong berkaitan Bahasa Melayu
KUALA LUMPUR 20 Jan - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap kandungan dalam talian terbitan China Press susulan dakwaan kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen semalam.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi sehingga boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran awam atau menjejaskan keharmonian.
Beliau berkata, siasatan berkenaan dibuat susulan aduan rasmi yang diterima daripada orang awam.
"Sekiranya ada laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak, perkara tersebut adalah berasingan dan diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fahmi turut menggesa Majlis Media Malaysia, sebagai sebuah badan bebas, memainkan peranan sebagaimana yang diperuntukkan bagi memastikan pematuhan etika kewartawanan dan menggalakkan pelaporan yang bertanggungjawab serta tepat.
Menurut beliau, majlis itu juga berperanan sebagai platform pengawalseliaan kendiri untuk menangani aduan serta isu berkaitan media secara profesional dan berintegriti.
"Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan komen yang melampau atau bersifat fitnah, khususnya melalui media sosial serta sentiasa menghormati institusi raja dan memberi ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan," katanya.
Sebelum ini dilaporkan, kesilapan terjemahan titah Seri Paduka Baginda itu dipercayai berkaitan isu Bahasa Melayu.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 3:39 pm
Pusat beli-belah sesuai bakal dilesenkan sebagai hab pengangkutan awam di Lembah Klang
January 21, 2026, 3:30 pm
Semua perolehan pertahanan mesti selari Dasar Industri Pertahanan Negara – PM
January 21, 2026, 3:27 pm
KPM jamin guru, bilik darjah cukup untuk terima murid enam tahun masuk darjah 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 2:06 pm
Murid 6 tahun perlu lulus ujian khas untuk layak masuk Tahun 1 - Fadhlina
January 21, 2026, 1:18 pm
DIPN perlu telus, bebas rasuah untuk jamin keberkesanan pertahanan negara – PM
January 21, 2026, 12:49 pm
JAIS siasat Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri muat naik hantaran berunsur politik kepartian
January 21, 2026, 12:30 pm
Wee Ka Siong dirawat akibat jangkitan paru-paru
January 21, 2026, 12:18 pm
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tegur dua timbalan menteri berbual ketika sidang
January 21, 2026, 12:15 pm
'Saya anak Kampung Baru Cina, saya dapat A+ Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dalam STPM' - Kor Ming
January 21, 2026, 12:12 pm
