Berita Berita
Penceroboh tanah perkuburan Islam PJS 4 diberi tempoh hingga 31 Mac
SHAH ALAM 20 Jan - Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga 31 Mac ini kepada pihak yang menceroboh Tanah Perkuburan Islam PJS 4, Petaling Jaya, untuk mengosongkan kawasan berkenaan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, tanah terbabit adalah tanah yang diwartakan di bawah pentadbiran JAIS mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965, dan bukannya tanah wakaf di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti yang ditularkan.
Menurut beliau, tindakan awal telah diambil melalui gerak kerja pemutihan pencerobohan tanah JAIS bersama pihak pentadbir tanah daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Kegagalan mematuhi arahan pengosongan akan disusuli tindakan penguatkuasaan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling bersama JAIS serta agensi penguat kuasa lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook bertajuk Contoh Tanah Wakaf Orang Islam di Bawah Pengurusan MAIS yang Telah Diceroboh oleh Rumah Ibadat Haram yang mendakwa pembinaan tertentu didirikan secara haram di atas tanah milik orang Islam.
Mengulas lanjut, Mohd. Shahzihan berkata, JAIS bersama MAIS dan Kerajaan Negeri akan terus mengambil langkah tegas bagi memastikan pencerobohan ke atas tanah warta JAIS serta tanah wakaf MAIS dapat ditangani dan diputihkan dengan segera.
“Usaha menghalang sebarang pencerobohan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
“Orang awam yang mengesan sebarang pencerobohan boleh menyalurkan maklumat kepada JAIS, MAIS, PDT atau PBT untuk tindakan lanjut,” katanya.
Berita berkaitan
January 21, 2026, 7:35 am
Dua lelaki bersenjata bawa beg 'e-hailing' rompak kedai emas di Nilai
January 20, 2026, 9:07 pm
Dakwaan Hamzah letak jawatan Ketua Pembangkang disahkan palsu
January 20, 2026, 8:56 pm
Mayat lelaki separa reput ditemukan di ladang di Mengkarak
January 20, 2026, 8:37 pm
IJM nafi dakwaan pengubahan wang haram, tegaskan komitmen tadbir urus dan ketelusan
January 20, 2026, 8:31 pm
Budak lima tahun maut tercekik biji rambutan di Felda Neram
January 20, 2026, 5:31 pm
‘UPSR, PT3 tidak kembali, fokus Matriks Pembelajaran Malaysia’ – Fadhlina
January 20, 2026, 4:41 pm
‘Kami lindungi guru, anak-anak jadi keutamaan’ – Fadhlina
January 20, 2026, 3:44 pm
Tun M alami patah pinggul, pemulihan fisioterapi dijangka ambil masa panjang
January 20, 2026, 3:32 pm
Polis kesan remaja perempuan 15 tahun dilaporkan hilang di Serendah
January 20, 2026, 3:27 pm
