TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan laksana pengukuran pembelajaran Darjah 4 Empat tahun ini, Tingkatan Tiga bermula 2027

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 20 Jan – Kerajaan akan melaksanakan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat bermula tahun ini melibatkan empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pula akan diperkenalkan mulai 2027 membabitkan lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Menurut beliau, kedua-dua bentuk penilaian berkenaan akan ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

“Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan secara berpusat. Nama lain bagi pengukuran ini adalah Matriks Pembelajaran Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035, di sini, hari ini.

+ - reset