Berita Berita
Kanak-kanak enam tahun dibenar masuk Darjah Satu mulai 2027 - PM
PUTRAJAYA 20 Jan - Kanak-kanak berusia enam tahun akan dibenarkan mendaftar sebagai murid Darjah Satu bermula tahun 2027, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengumuman itu dibuat ketika beliau berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Selasa.
"Sekarang ni anak-anak masuk sekolah darjah satu umur tujuh tahun. Mulai tahun depan, pra-sekolah lima tahun, darjah satu enam tahun," umum Anwar.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan ketetapan itu tidak diwajibkan pada peringkat awal dan pelaksanaannya bergantung kepada kesediaan ibu bapa dalam membuat keputusan untuk anak masing-masing.
"Untuk tahun 2027, kita belum bersedia mewajibkan kerana ada ibu bapa yang rasa anak-anak belum bersedia.
"Masih boleh masuk darjah satu pada usia tujuh tahun. Tapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia daripada sekarang supaya umur lima tahun masuk pra-sekolah," katanya.
Berita berkaitan
April 27, 2026, 8:55 pm
UMNO-BN, PN Negeri Sembilan umum bentuk kerjasama, peroleh majoriti mudah
April 27, 2026, 8:49 pm
Ahmad Zahid bakal bincang krisis Negeri Sembilan dengan PM
April 27, 2026, 3:35 pm
Nasib Syed Saddiq dipenjara tujuh tahun atau bebas diketahui 30 Jun ini
April 27, 2026, 3:01 pm
Menteri Agama gesa henti spekulasi isu azan di Ampang
April 27, 2026, 3:01 pm
Pegawai penyiasat didapati cuai, penganggur dibebas tuduhan amang seksual kanak-kanak
April 27, 2026, 2:56 pm
Aktivis tuntut penjelasan isu penguat kuasa iring konvoi kereta mewah
April 27, 2026, 2:51 pm
