TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Emas 999 cecah RM701 segram, rekod tertinggi baharu

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 23 Jan - Harga emas 999 terus mencuri perhatian pelabur apabila melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah dengan mencecah RM701 segram pada Jumaat, didorong sentimen global yang semakin tidak menentu.

Berdasarkan data di laman web Public Gold, harga emas tertinggi sebelum ini pada tahun 2026 direkodkan pada RM687 segram, manakala harga terendah pula sekitar RM613 segram.

Harga emas Public Gold dikemas kini setiap hari pada jam 12 tengah malam, selaras dengan pergerakan harga emas di pasaran dunia.

Sebelum ini, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi, menjejaki pengukuhan pasaran global apabila harga emas melonjak ke paras tertinggi baharu melebihi AS$4,800 (RM19,308) setiap auns troy.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, prestasi kukuh emas didorong oleh ketidaktentuan geopolitik serta kebimbangan terhadap kedudukan fiskal global.

Menurut beliau, retorik terbaharu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhubung cadangan pengilhakan Greenland telah meningkatkan risiko politik, sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran global.

+ - reset