Berita Berita
Polis kesan pemandu Perodua Axia terlibat kemalangan di LPT Maran
KUANTAN 23 Jan - Polis sedang mengesan pemandu sebuah Perodua Axia berwarna putih yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Proton X70 di kilometer 155.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Maran, semalam.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, pihaknya setakat ini hanya menerima laporan daripada pemandu Proton X70 yang dibuat di Balai Polis Kampung Awah.
Menurut beliau, pegawai penyiasat kini sedang mengesan pemandu atau pemilik kenderaan Perodua Axia terbabit bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
Terdahulu, tular di media sosial satu klip video rakaman papan pemuka kenderaan berdurasi 28 saat yang memaparkan sebuah Perodua Axia dipandu di lorong kiri jalan sebelum memintas kenderaan di hadapannya secara melulu.
Tindakan itu menyebabkan pemandu Proton X70 yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian belakang kenderaan berkenaan.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 7:47 pm
Lelaki ditetak hingga maut di Buntong, polis sahkan tiada unsur perkauman
April 7, 2026, 4:24 pm
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan dan dakwa jadi guru Agong
April 7, 2026, 4:20 pm
FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
