Berita Berita
Empat budak didakwa jadi mangsa dera di tadika, dua penjaga direman di Sungai Buloh
SUNGAI BULOH 26 Jan - Polis membuka siasatan susulan dakwaan penderaan kanak-kanak di sebuah tadika di Saujana Utama selepas menerima beberapa laporan berkaitan kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, setakat ini lima laporan polis diterima berhubung kes empat kanak-kanak yang didakwa dipukul di premis berkenaan.
Berikutan itu, beliau berkata polis menahan dua wanita dipercayai penjaga kanak-kanak di tadika terbabit, hari ini bagi membantu siasatan.
"Suspek kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001. Seorang lagi individu akan dipanggil untuk diambil keterangan.
"Kejadian itu dipercayai membabitkan empat kanak-kanak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Mohd Hafiz, kejadian berkenaan dipercayai berlaku antara Julai hingga Ogos lalu membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun, dan satu rakaman video turut ditemui sebagai bahan bukti.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes itu, selain menegaskan tindakan boleh diambil terhadap individu yang menyebarkan maklumat tidak sahih.
"Orang ramai yang menyebarkan berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Saujana Utama di talian 03-6038 2222 atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Syahir Abdul Halim di talian 016-3423 258.
Terdahulu, seorang pengguna aplikasi Thread berkongsi hantaran mendakwa memiliki rakaman video yang menunjukkan anaknya serta beberapa kanak-kanak lain disyaki didera di sebuah taska di Saujana Utama, dan memaklumkan laporan polis akan dibuat berhubung kejadian itu. - Media Telus
Berita berkaitan
February 2, 2026, 6:44 pm
Wanita ditemui mati dengan kesan tikam di rumah, polis siasat anak kandung mangsa
February 2, 2026, 2:29 pm
Pilihan raya Datuk Bandar KL kembali ‘panas’, kerajaan mula kaji sejak Disember
February 2, 2026, 2:13 pm
Kes buli murid di Kulim terbongkar, dua remaja dikenal pasti polis Kedah
February 2, 2026, 2:06 pm
Pemuda UMNO tolak cadanga pilihan raya Datuk Bandar KL
February 2, 2026, 1:50 pm
Dua anggota MBPP cedera terkena letupan belon yang disita ketika operasi Thaipusam
February 2, 2026, 11:53 am
`Saya langsung tiada kaitan' - Anwar nafi sebarang kaitan dengan pertukaran emel kes Epstein
February 2, 2026, 11:29 am
'Report menteri terus' - Murid berani mengadu dibuli di sekolah pada Saifuddin, Ketua Polis Kedah
February 2, 2026, 10:27 am
Tiga balai bomba padam gudang kitar semula terbakar di Kuala Langat
February 1, 2026, 4:08 pm
