Berita Berita
Tanah runtuh Bandung Barat: 25 mayat ditemukan, 81 masih hilang
JAKARTA 26 Jan - Angka korban tragedi tanah runtuh di Bandung Barat, Jawa Barat terus meningkat apabila sebanyak 25 mayat ditemukan setakat hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pada Ahad.
Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari berkata, semua mayat mangsa yang ditemui sudah diserahkan kepada pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Republik Indonesia bagi proses pengecaman lanjut.
"Selain mangsa yang maut, seramai 23 orang dilaporkan selamat, manakala 81 yang lain masih hilang.
"Jumlah mangsa dijangka berubah memandangkan lebih banyak mangsa dikesan dan proses pengecaman lanjut dijalankan oleh pasukan DVI," katanya dalam kenyataan pada malam Ahad.
Tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat itu melanda Kampung Pasir Langu kira-kira jam 2.30 pagi Sabtu lalu, menyebabkan beberapa kawasan kediaman ditimbus sepenuhnya.
Menurut Abdul Muhari, selain faktor cuaca buruk, keadaan muka bumi di lokasi kejadian turut menyukarkan pergerakan pasukan penyelamat sepanjang operasi pencarian dijalankan.
"Berdasarkan pertimbangan teknikal di lapangan, operasi pencarian dihentikan buat sementara waktu dan akan disambung semula pada Isnin," katanya. - Agensi
Berita berkaitan
February 2, 2026, 6:44 pm
Wanita ditemui mati dengan kesan tikam di rumah, polis siasat anak kandung mangsa
February 2, 2026, 2:29 pm
Pilihan raya Datuk Bandar KL kembali ‘panas’, kerajaan mula kaji sejak Disember
February 2, 2026, 2:13 pm
Kes buli murid di Kulim terbongkar, dua remaja dikenal pasti polis Kedah
February 2, 2026, 2:06 pm
Pemuda UMNO tolak cadanga pilihan raya Datuk Bandar KL
February 2, 2026, 1:50 pm
Dua anggota MBPP cedera terkena letupan belon yang disita ketika operasi Thaipusam
February 2, 2026, 11:53 am
`Saya langsung tiada kaitan' - Anwar nafi sebarang kaitan dengan pertukaran emel kes Epstein
February 2, 2026, 11:29 am
'Report menteri terus' - Murid berani mengadu dibuli di sekolah pada Saifuddin, Ketua Polis Kedah
February 2, 2026, 10:27 am
Tiga balai bomba padam gudang kitar semula terbakar di Kuala Langat
February 1, 2026, 4:08 pm
