Berita Berita
Ahli Parlimen Raub gesa kerajaan tubuh Lembaga Durian Malaysia pantau harga pasaran
KUALA LUMPUR 26 Jan - Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui menggesa kerajaan mempertimbangkan penubuhan Lembaga Durian Malaysia bagi mewujudkan ekosistem industri durian yang lebih telus, adil dan mampan di negara ini.
Beliau berkata, lembaga berkenaan berperanan menetapkan standard penggredan durian yang seragam, meningkatkan ketelusan harga pasaran serta melindungi kebajikan pekebun, khususnya pekebun kecil.
Menurutnya, meskipun industri durian Malaysia berkembang pesat sehingga menjadi industri bernilai tinggi dan menembusi pasaran antarabangsa, golongan pekebun kecil masih belum menikmati manfaat sebenar daripada kejayaan itu.
“Pekebun sering berada dalam kedudukan lemah dalam rantaian nilai industri durian. Harga di ladang lazimnya ditentukan pemborong besar, bukan pekebun.
“Dalam banyak keadaan, durian Musang King gred A diturunkan kepada gred B, dan gred B kepada gred C, bukan disebabkan kualiti sebenar tetapi akibat ketidakseimbangan kuasa tawar-menawar.
“Apabila ini berlaku, harga jatuh dan pekebun tidak mempunyai mekanisme untuk mencabar penilaian tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Chow Yu Hui menegaskan, isu utama yang membelenggu industri durian bukan terletak pada keupayaan pekebun, sebaliknya berpunca daripada struktur pasaran yang tidak adil dan berat sebelah.
Mengulas lanjut, beliau berkata penubuhan Lembaga Durian Malaysia juga dapat memperkukuh kedudukan pekebun melalui penglibatan koperasi, akses kepada pasaran yang lebih luas serta penyediaan mekanisme aduan yang berkesan.
Selain itu, katanya, lembaga berkenaan boleh memainkan peranan dalam menyelaraskan isu hak guna tanah pekebun menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan.
“Langkah ini penting bagi memastikan pekebun yang benar-benar mengusahakan tanah tidak terus terpinggir.
“Kita tidak boleh membiarkan pekebun bekerja di atas tanah yang mereka sendiri tidak pasti masa depannya,” katanya.
Berita berkaitan
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:27 pm
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
Pegawai kanan TLDM didakwa paksa kontraktor sewa hotel miliknya, dedah Azam Baki
January 30, 2026, 6:43 pm
Penguatkuasaan perlu menyeluruh hingga peringkat PBT - PM
January 30, 2026, 6:36 pm
Hanya 30 ladang ternakan babi masih beroperasi di Tanjung Sepat
January 30, 2026, 4:01 pm
Polis panggil tujuh saksi bantu siasatan kes budak 2 tahun maut tertinggal dalam kereta di Seremban
January 30, 2026, 3:42 pm
Wanita beri alasan beli makanan sebelum lari tinggalkan anak dengan jiran di Semenyih
January 30, 2026, 3:22 pm
