Berita Berita
Lelaki maut pacuan empat roda dipandunya terbabas rempuh Plaza Tol Bentong
BENTONG 27 Jan - Perjalanan seorang lelaki dari Raub ke Kuala Lumpur berakhir tragedi apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabit dalam kemalangan maut di Plaza Tol Bentong, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian yang berlaku di Kilometer (KM) 61.7 lebuh raya itu mengorbankan mangsa, Mohd Sapri Aziz, 65, yang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
"Siasatan awal mendapati kenderaan itu yang dipandu dari arah Raub menuju ke Kuala Lumpur hilang kawalan lalu melanggar tiang keselamatan batu nosing di Lorong 02 Plaza Tol Bentong.
"Pelanggaran menyebabkan kenderaan terbalik ke sebelah sisi kanan bahagian pemandu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, isteri mangsa yang berusia 61 tahun mengalami kecederaan ringan di kepala dan telah dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Zaiham berkata, kes kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Usaha mengesan saksi termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Plaza Tol Bentong sedang dilakukan bagi membantu siasatan," katanya.
Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan, selain menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 2:38 pm
Muhyiddin cadang mansuh jawatan pengerusi PN, susun semula kepimpinan gabungan
January 28, 2026, 2:34 pm
Harga emas lepasi AS$5,200 buat pertama kali susulan kejatuhan dolar AS
January 28, 2026, 2:29 pm
Kerajaan Kelantan tetapkan syarat ketat lesen mendulang emas
January 28, 2026, 2:25 pm
ETS beroperasi 24 jam secara bermusim mulai Tahun Baharu Cina
January 28, 2026, 2:20 pm
Pemandu e-hailing cedera dipercayai dipukul penumpang warga China di Nilai
January 28, 2026, 1:37 pm
Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM letak jawatan secara sukarela berkuat kuasa serta-merta
January 28, 2026, 1:04 pm
Harga purata rumah di Malaysia cecah RM490,376 seunit - KPKT
January 28, 2026, 12:41 pm
Tiga ahli geng 'Kapten Praba' tiba di KLIA, akan dibawa ke Mahkamah Sepang untuk reman
January 28, 2026, 11:42 am
Teo Nie Ching akui kesal gagal iktiraf UEC ketika jadi Timbalan Menteri Pendidikan
January 28, 2026, 11:00 am
