Berita Berita
Lima daerah di Kedah dilanda cuaca panas tahap satu
KUALA LUMPUR 11 Feb - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) melibatkan lima daerah di Kedah, hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terjejas ialah Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.
Menurut kenyataan itu, status tahap satu dikeluarkan apabila suhu maksimum harian merekodkan bacaan antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
Selain itu, MetMalaysia menjelaskan suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius diklasifikasikan sebagai cuaca panas tahap dua, manakala bacaan melebihi 40 darjah Celsius pula berada pada tahap tiga.
Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut serta status terkini cuaca panas harian dengan melayari portal rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:24 pm
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan dan dakwa jadi guru Agong
April 7, 2026, 4:20 pm
FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
