Berita Berita
Lelaki 71 tahun mengaku bunuh wanita, motif isu pertunangan
KOTA KINABALU 13 Feb – Seorang lelaki warga tempatan berusia 71 tahun mengaku terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemukan di beberapa lokasi sekitar Indah Permai.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pengakuan itu diperoleh hasil soal siasat awal selepas suspek ditahan bagi membantu siasatan.
Menurutnya, suspek mendakwa kejadian tersebut berpunca daripada konflik hubungan peribadi antara dia dan mangsa, termasuk isu tuntutan wang pertunangan.
“Suspek mendakwa pembunuhan itu berkait perselisihan hubungan peribadi antara dia dan mangsa termasuk tuntutan wang pertunangan selepas pertunangan mereka dipercayai putus apabila mangsa berkahwin dengan individu lain.
“Keadaan itu dipercayai mencetuskan pertengkaran antara suspek dan mangsa sehingga membawa kepada kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Polis turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 1:54 pm
Fahmi selesai beri keterangan kes saman fitnah terhadap Ustaz Dusuki
April 7, 2026, 1:45 pm
Isu Selat Hormuz: Hubungan akrab Malaysia, Iran kunci penyelesaian rundingan kapal terkandas
April 7, 2026, 12:50 pm
Remaja maut, rakan parah motosikal rempuh belakang lori rosak di Lebuhraya PLUS
April 7, 2026, 12:19 pm
Polis tahan 11 pemandu mabuk di Klang termasuk seorang wanita dalam Op Mabuk
April 7, 2026, 12:06 pm
Rumah ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran musnah terbakar
April 7, 2026, 11:36 am
Dua guru pelatih IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, semak semula SOP aktiviti luar
April 7, 2026, 9:55 am
Anak Tun Daim didakwa gagal isytihar pegangan saham dalam lima syarikat
April 7, 2026, 9:38 am
Lelaki ditemui maut dalam stor sukan berkunci di UPSI
April 7, 2026, 9:17 am
