Berita Berita
Lelaki didakwa bunuh isteri guna lesung batu direman enam hari
KOTA TINGGI 14 Feb – Seorang lelaki etnik Rohingya yang disyaki membunuh isterinya menggunakan lesung batu di rumah sewa mereka di Kampung Makam pada pagi Jumaat, direman selama enam hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Sabtu untuk membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek berusia 35 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira jam 10.10 pagi dengan memakai pakaian lokap dan dikawal anggota polis.
Dalam kejadian tersebut, wanita yang sedang hamil tujuh bulan dilaporkan maut di kediaman mereka selepas dipercayai dipukul menggunakan lesung batu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada jam 7 pagi sebelum suspek ditahan kira-kira 30 minit kemudian di sekitar lokasi kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3 pagi dan kes masih dalam siasatan lanjut pihak polis.
Berita berkaitan
February 14, 2026, 8:00 pm
Hamzah anggap Muhyiddin musuh nombor satu
February 14, 2026, 1:49 pm
Warga emas maut dirempuh motosikal ketika lintas jalan ke surau
February 14, 2026, 12:30 pm
Suspek bunuh wanita di Indah Permai mengaku kerat mangsa seorang diri
February 14, 2026, 12:25 pm
Dua rentung kereta terbakar selepas kemalangan di Mentakab
February 13, 2026, 10:42 pm
Gunaraj sokong pendirian PM, tegas isu rumah ibadat mesti ikut undang-undang
February 13, 2026, 8:27 pm
UKM jelaskan isu penamatan kontrak lebih 20 staf
February 13, 2026, 8:21 pm
KSN ketuai jawatankuasa khas siasat dakwaan babit Azam Baki
February 13, 2026, 8:16 pm
Bersekutu Bersatu Johor bubar, bantah pemecatan Hamzah
February 13, 2026, 8:04 pm
