Berita Berita
Tiga nyaris maut kereta dihempap pokok tumbang di Mount Erskine
GEORGE TOWN 15 Feb – Tiga individu berdepan detik cemas apabila dua kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Mount Erskine, lewat malam tadi.
Mangsa membabitkan pemandu serta penumpang sebuah Perodua Viva dan seorang lagi lelaki yang memandu Perodua Bezza. Ketika kejadian, semua mereka dipercayai melalui laluan berbukit dan berselekoh di kawasan berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.35 malam.
Menurutnya, operasi dikendalikan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal.
“Insiden melibatkan sebatang pokok tumbang yang menghempap dua kenderaan iaitu Perodua Viva yang dinaiki pasangan lelaki dan wanita serta Perodua Bezza dipandu seorang lelaki.
“Semua mangsa berjaya keluar sendiri dan dilaporkan selamat,” katanya.
Beliau berkata, Pasukan Keluaran Operasi kemudian menjalankan kerja pemotongan dan pengalihan pokok menggunakan peralatan khas bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.29 pagi.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:24 pm
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan dan dakwa jadi guru Agong
April 7, 2026, 4:20 pm
FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
