Berita Berita
Lima cedera kemalangan empat kenderaan di Temerloh
KUANTAN 16 Feb – Lima individu termasuk seorang kanak-kanak mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tengku Ismail, Temerloh, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.30 petang.
Menurutnya, insiden tersebut melibatkan sebuah Tesla, Perodua Myvi, Perodua Viva serta motosikal jenis Yamaha Y15ZR.
“Siasatan awal mendapati Tesla dipandu wanita berusia 31 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh Perodua Myvi di hadapannya yang membawa empat individu termasuk kanak-kanak berusia empat tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Akibat pelanggaran itu, Perodua Myvi terbabit terdorong ke hadapan lalu melanggar motosikal Yamaha Y15ZR yang diparkir berhampiran.
Beliau berkata, kenderaan Tesla berkenaan turut melanggar sebuah Perodua Viva yang diletakkan di kawasan sama selepas kejadian tersebut.
“Pemandu Myvi berusia 32 tahun disyaki patah bahu kanan manakala penumpang hadapan berusia 29 tahun mengalami lebam di bahagian perut dan kini menerima rawatan di hospital.
“Pemandu Tesla serta dua lagi penumpang Myvi termasuk kanak-kanak turut cedera dan dirawat di hospital sama,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
May 13, 2026, 6:42 pm
Warga emas tersilap tekan pedal minyak rempuh pasar raya
May 13, 2026, 6:38 pm
Bakal pengantin menyorok atas siling elak dicekup khalwat
May 13, 2026, 6:34 pm
Sanusi gesa polis ambil tindakan ekstrem basmi sindiket dadah di Langkawi
May 13, 2026, 2:15 pm
Pelajar tingkatan satu maut di asrama akibat pendarahan kepala, paru-paru berair
May 13, 2026, 1:46 pm
Shamsul Azri puji sumbangan Azam Baki perkukuh SPRM sebagai badan penguat kuasa unggul
May 13, 2026, 1:43 pm
Johari Abdul Ghani bantah pengampunan Jho Low, gesa AS beri kerjasama
May 13, 2026, 9:46 am
Wanita warga asing ditahan kes buang bayi di Semporna
May 13, 2026, 9:05 am
Myvi keluar simpang mengejut, pemandu lori maut kemalangan di Geliga
May 13, 2026, 8:48 am
