Berita Berita
Adik anggota bomba hilang 37 jam ditemukan lemas di Pantai D’Aur
BACHOK 19 Feb – Adik kepada anggota bomba yang hilang lebih 37 jam ketika mandi di Pantai Kandis di sini ditemukan lemas pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mayat Ahmad Nuruddin Ab Wahab, 21, ditemukan pada jarak 3.7 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada Selasa lalu.
“Mayat mangsa ditemukan orang awam di pesisir Pantai D’Aur pada jam 6.55 pagi selepas menerima maklumat daripada Pos Operasi Bomba (POB),” katanya.
Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, media melaporkan jasad abangnya, Ahmad Badrul Naim Ab Wahab, 32, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Pulau Pinang, ditemukan terdampar kira-kira jam 12.15 tengah hari Rabu pada jarak tiga kilometer dari lokasi beliau dipercayai hilang.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Selasa, Ahmad Badrul Naim dilaporkan cuba menyelamatkan adiknya yang dilihat terkapai-kapai sebelum kedua-duanya dihanyutkan ombak.
Anak saudara mereka, Mohd Ali Al-Imran Mohd Ezad, 12, yang turut terlibat dalam kejadian itu bagaimanapun berjaya diselamatkan bapanya, Mohd Ezad Abu Hassan, 40, yang terjun ke laut.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
Dua remaja maut, seorang parah kereta rempuh tembok konkrit di Lebuhraya Iskandar Sultan
April 3, 2026, 5:49 pm
Anwar lancar MADANI Mart, kedai komuniti harga rahmah pertama
April 3, 2026, 5:43 pm
Amirudin wakili Malaysia terajui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0
April 3, 2026, 4:25 pm
