Berita Berita
Pemandu mabuk dipenjara 7 hari, didenda RM10,000
MELAKA 3 April – Seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk, dua bulan lalu.
Tertuduh, K Haridass Nair, 45, turut dikenakan penggantungan lesen memandu selama dua tahun oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati memandu dengan kandungan alkohol dalam badan sebanyak 108 miligram bagi setiap 100 mililiter darah, iaitu melebihi had ditetapkan sebanyak 50 miligram.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Parameswara kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Februari lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM30,000 jika sabit kesalahan.
Selain itu, pesalah juga boleh hilang kelayakan untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun dari tarikh sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif memohon hukuman berat sebagai pengajaran berikutan kes memandu dalam keadaan mabuk sering mengakibatkan kehilangan nyawa.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan hanya bekerja sebagai pekerja kilang.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman tersebut atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 6:15 pm
Dua remaja maut, seorang parah kereta rempuh tembok konkrit di Lebuhraya Iskandar Sultan
April 3, 2026, 5:49 pm
Anwar lancar MADANI Mart, kedai komuniti harga rahmah pertama
April 3, 2026, 5:43 pm
Amirudin wakili Malaysia terajui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0
April 3, 2026, 3:34 pm
Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh budak perempuan di Taiping
April 3, 2026, 3:09 pm
Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja hilang selepas tinggalkan rumah di Hulu Kelang
April 3, 2026, 1:52 pm
