TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 Feb – Bekas Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 84 tahun hari ini.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan pelbagai pihak menerusi media sosial.

Ketika berita ini ditulis, jenazah Allahyarham masih berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Dilahirkan pada 18 April 1942, beliau merupakan Ketua Hakim Negara Malaysia ke-12.

Anak kelahiran Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Keladi dan St. Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan di Universiti Singapura dan memperoleh ijazah pada tahun 1969.

Allahyarham memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai majistret di Kangar, Perlis serta Tapah, Perak.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian.

Pada 1 September 2000, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan seterusnya sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 1 Ogos 2003.

Abdul Hamid kemudian dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 5 September 2007 sebelum memegang jawatan Ketua Hakim Negara pada usia 65 tahun.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada institusi kehakiman negara.

+ - reset