Berita Berita
Rakyat lebih percayai media tradisional berbanding media sosial - Fahmi
KUALA LUMPUR 31 Mac - Walaupun media sosial menjadi sumber maklumat awal bagi majoriti rakyat Malaysia, tahap kepercayaan terhadap media tradisional seperti televisyen, radio dan surat khabar kekal jauh lebih tinggi.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati sekitar 87 hingga 90 peratus golongan muda berusia 18 hingga 35 tahun memperoleh berita pertama melalui WhatsApp, TikTok dan Facebook.
Bagaimanapun, beliau mendedahkan wujud "paradoks" dalam landskap media semasa apabila tahap kepercayaan terhadap platform media sosial tersebut hanya berada pada kadar 40 hingga 50 peratus sahaja.
"Berbeza dengan televisyen, radio dan surat khabar, mereka jarang baca tetapi bila mereka temui, dengar dan menonton sesuatu, tahap kepercayaan itu sangat tinggi," katanya ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif terbitan RTM malam tadi.
Fahmi menjelaskan bahawa media arus perdana kini berdepan cabaran kompleks untuk menyesuaikan diri dengan kitaran berita yang pantas dan kewujudan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Menurut beliau, pematuhan terhadap etika kewartawanan menjadi pembeza utama yang menjamin kesahihan maklumat berbanding lambakan kandungan tular yang dihasilkan oleh orang awam.
"Dalam keadaan lambakan maklumat dan kemunculan AI, etika kewartawanan perlu terus menjadi teras bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah sahih dan boleh dipercayai," tegasnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Ashwad Ismail pula menekankan keperluan organisasi media untuk memperhalusi strategi kandungan yang lebih khusus (niche) bagi mendepani cabaran algoritma media sosial.
Beliau turut mengingatkan kepentingan kawal selia terhadap penggunaan AI bagi mengelakkan penyalahgunaan teknologi yang boleh menjejaskan kualiti penyampaian maklumat kepada masyarakat.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:24 pm
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan dan dakwa jadi guru Agong
April 7, 2026, 4:20 pm
FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
