Berita Berita
'Keterjaminan makanan bukan tanggungjawan kerajaan sahaja, rakyat juga ada peranan' - Mat Sabu
KUALA LUMPUR 31 Mac – Usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara memerlukan penglibatan semua pihak dan tidak boleh disandarkan kepada kerajaan semata-mata, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
Beliau berkata, kementeriannya sentiasa memantau perkembangan semasa bagi memastikan negara bersedia menghadapi sebarang kemungkinan selain menjamin bekalan makanan kekal stabil, mencukupi dan mudah diakses rakyat.
"Kita semua ada peranan. Yang ada ruang dan kemampuan, boleh mula bercucuk tanam. Yang berniaga, urus bekalan dengan berhemah. Yang membeli, elakkan pembelian panik.
"Insya-Allah, dengan usaha berterusan dan kerjasama semua pihak, kita mampu kukuhkan pengurusan bekalan makanan negara dan hadapi cabaran ini dengan tenang," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.
Terdahulu, Mohamad berkata beliau telah menerima taklimat pembentangan Kertas Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang memfokuskan kepada kedudukan semasa bekalan makanan negara serta langkah mitigasi yang perlu diperkukuh.
Menurutnya, Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan mesyuarat MTEN hari ini bagi meneliti serta memuktamadkan tindakan susulan berkaitan isu tersebut.
Beliau turut menjelaskan bahawa ketidaktentuan global termasuk konflik di Asia Barat serta perubahan cuaca dunia memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan makanan dan produktiviti sektor pertanian negara.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:24 pm
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan dan dakwa jadi guru Agong
April 7, 2026, 4:20 pm
FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
