Berita Jenayah
Nur Farah Kartini hilang 5 hari, mayat ditemui di Felda Gedangsa

KUALA LUMPUR 15 Julai - Wanita yang hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.
Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.
"Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.
#maut #wanita #hilang
Berita berkaitan
July 5, 2025, 3:21 pm
Penceramah bebas ditahan, disyaki bebas video seks bersama isteri-isteri dan wanita lain
July 4, 2025, 12:33 pm
GMRB guna Malaysia kumpul dana, rekrut ahli sokong pengganas luar
July 4, 2025, 12:08 pm
Polis tahan 5 lelaki curi penapis air masjid, jual 'online'
July 3, 2025, 7:17 am
Dua lelaki ditahan acu pistol tiruan selepas kemalangan
July 2, 2025, 11:07 am
Polis kesan suspek bakar lima kenderaan mewah di Bandar Tropicana Aman
July 1, 2025, 9:29 pm
Lelaki ditembak ketika tunggu anak depan sekolah di Butterworth
July 1, 2025, 5:46 pm