Berita Berita
Hargai penat lelah petugas kesihatan, NESCAFÉ agih lebih 30,000 minuman di HPUSM
KUBANG KERIAN 19 Ogos - Lebih 30,000 hidangan minuman diagihkan kepada petugas kesihatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) menerusi inisiatif pemulihan tenaga selama 30 jam yang dianjurkan NESCAFÉ.
Program yang berlangsung dari jam 6 pagi 10 Ogos hingga 12 tengah hari 11 Ogos itu merupakan sebahagian daripada kempen “NGOPI Dulu & Kekal Bersemangat Bersama” bagi menghargai dedikasi petugas kesihatan yang bertugas tanpa mengenal penat lelah.
Menerusi kerjasama dengan HPUSM, NESCAFÉ menyediakan stesen kopi di beberapa lokasi utama hospital sepanjang tempoh berkenaan.
Antara minuman yang diagihkan termasuk NESCAFÉ Classic, NESCAFÉ 3-in-1 serta kopi sedia diminum (Ready-To-Drink), sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada petugas yang berdepan cabaran fizikal serta emosi dalam menjalankan tugas.
Pengurus Pemasaran Pengguna NESCAFÉ Malaysia, Khoo Sui Ying berkata, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan jenama itu untuk memberi sokongan dan menyuntik semangat kepada petugas kesihatan.
“Di NESCAFÉ, kami percaya bahawa usaha kecil mampu membawa perubahan yang bermakna. Menerusi inisiatif ini, kami ingin menjadi rakan setia yang sentiasa memberi inspirasi kepada para petugas kesihatan yang berkhidmat tanpa mengenal erti penat setiap hari.
“Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyuntik semangat dan memberi sokongan kepada mereka yang mengorbankan masa dan tenaga demi menjaga kesihatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia.
“Kami juga berharap dapat memperluaskan inisiatif seperti ini agar dapat menghargai lebih ramai wira negara sepanjang tahun. Setiap cawan yang kami hidangkan melambangkan komitmen dan penghargaan kami untuk terus menyokong para petugas barisan hadapan yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negara,” katanya.
Sementara itu, inisiatif berkenaan susulan program sama yang dilaksanakan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, awal tahun ini.
NESCAFÉ berkata, program di HPUSM merupakan sebahagian daripada rangkaian inisiatif lebih luas bagi menyuntik semangat kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.
Berita berkaitan
September 5, 2026, 12:13 pm
Abdul Hadi dakwa isu rasuah dipilih-pilih untuk jatuhkan pihak lawan
September 5, 2026, 11:37 am
'Kalau orang Islam tak tunggang agama, nak tunggang apa? Petai?' - Pemuda PAS Kedah
September 5, 2026, 10:52 am
11 anggota SMART berlepas ke Nepal, fokus cari rakyat Malaysia
September 5, 2026, 8:14 am
Bacaan IPU Serian bertambah baik, hujan lebat beri kelegaan di Kuching, Samarahan
September 5, 2026, 8:07 am
Tapak warisan UNESCO Jeti Chew terbakar di Pulau Pinang
September 4, 2026, 10:27 pm
'Jangan percaya ketum konon boleh jadi ubat, kesan sama macam dadah' - AADK
September 4, 2026, 10:06 pm
Hasrat 'kayuh' ke Thailand tak kesampaian, dua sahabat maut dirempuh kereta
September 4, 2026, 8:39 pm
Lelaki pekak dan bisu kelar leher kanak-kanak, bakar 4 nyawa gagal rayuan, hukuman ke tali gantung kekal
September 4, 2026, 7:05 pm
SPRM hentikan serta-merta pakaian lokap oren untuk suspek ke mahkamah
September 4, 2026, 6:35 pm
