Berita Berita
Kenyataan Ketua Penerangan Puteri UMNO pandangan peribadi, tidak wakili pendirian parti
KUALA LUMPUR 4 Sept - Pergerakan Puteri UMNO menegaskan kenyataan Ketua Penerangannya yang tular di media sosial baru-baru ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi pergerakan itu.
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nor Zakiah Azmi berkata, kenyataan berkenaan dibuat menerusi akaun peribadi Ketua Penerangan terbabit dan tidak seharusnya dikaitkan dengan organisasi.
“Apa yang berlaku tidak mewakili Puteri, dan saya berharap perkara ini tidak dipanjangkan serta dapat dijadikan iktibar oleh semua pihak,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, Puteri UMNO sentiasa komited dalam memastikan disiplin serta imej pergerakan itu terus dipelihara, terutama ketika menyampaikan pandangan di platform media sosial.
Nor Zakiah turut mengingatkan semua pihak, khususnya mereka yang memegang jawatan dalam organisasi, supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab ketika mengeluarkan kenyataan di media sosial bagi mengelakkan ia menimbulkan salah faham atau menjejaskan imej parti.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kontroversi membabitkan Ketua Penerangan Puteri UMNO, Shamellya Norazizi selepas satu hantaran di Threads miliknya yang mengaitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dengan tuduhan liwat.
Hantaran berkenaan yang berbunyi “So Nurul Izzah juga peliwat?” mencetuskan kecaman pengguna media sosial kerana didakwa membawa tuduhan serius terhadap individu terbabit.
Susulan kontroversi itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia turut mengecam hantaran berkenaan dan menyifatkannya sebagai serangan peribadi yang tidak wajar dalam persaingan politik.
Exco AMK Malaysia, Atillah Sani berkata, perbezaan politik tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mana-mana pihak melemparkan tuduhan berunsur fitnah atau penghinaan, termasuk dengan menggunakan isu peribadi sebagai senjata politik.
“Atas perbezaan politik bukan lesen untuk mana-mana pihak melemparkan tuduhan keji, lebih-lebih lagi dengan menggunakan isu peribadi dan seksual sebagai senjata politik.
“Ini bukan lagi soal siapa menyokong parti mana, tetapi soal maruah, adab dan tanggungjawab dalam berpolitik,” katanya.
AMK sebelum ini turut memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung hantaran terbabit dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan serta tindakan sewajarnya.
Difahamkan, Shamellya kemudian memadam hantaran berkenaan dan mengemukakan permohonan maaf susulan kecaman yang diterima.
Berita berkaitan
September 5, 2026, 12:51 pm
KLN teruskan usaha pengesanan, 55 warga Malaysia belum dapat dihubungi di Nepal
September 5, 2026, 12:13 pm
Abdul Hadi dakwa isu rasuah dipilih-pilih untuk jatuhkan pihak lawan
September 5, 2026, 11:37 am
'Kalau orang Islam tak tunggang agama, nak tunggang apa? Petai?' - Pemuda PAS Kedah
September 5, 2026, 10:52 am
11 anggota SMART berlepas ke Nepal, fokus cari rakyat Malaysia
September 5, 2026, 8:14 am
Bacaan IPU Serian bertambah baik, hujan lebat beri kelegaan di Kuching, Samarahan
September 5, 2026, 8:07 am
Tapak warisan UNESCO Jeti Chew terbakar di Pulau Pinang
September 4, 2026, 10:27 pm
'Jangan percaya ketum konon boleh jadi ubat, kesan sama macam dadah' - AADK
September 4, 2026, 10:06 pm
Hasrat 'kayuh' ke Thailand tak kesampaian, dua sahabat maut dirempuh kereta
September 4, 2026, 8:39 pm
Lelaki pekak dan bisu kelar leher kanak-kanak, bakar 4 nyawa gagal rayuan, hukuman ke tali gantung kekal
September 4, 2026, 7:05 pm
