Berita Berita
700 pekerja sambilan tuntut gaji tertunggak, RTM jamin selesai bulan ini

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi jaminan untuk menyelesaikan pembayaran gaji tertunggak kepada pekerja perkhidmatan sambilan (piecemeal) pada bulan ini.
RTM menjelaskan perkara berkenaan menerusi kenyataan susulan dakwaan gaji ratusan pekerja belum dibayar sejak Jun lalu.
RTM memberitahu kelulusan khas kadar bayaran daripada Kementerian Kewangan (MOF) kini berada di peringkat akhir.
“RTM sebelum ini telah membuat permohonan kepada MOF berikutan pembatalan semua kelulusan terdahulu oleh MOF dalam surat bertarikh 24 Jun 2024 yang melibatkan kadar perolehan perkhidmatan bukan penjawat awam,” katanya.
Jelasnya, melalui kelulusan tersebut punca kuasa membayar perolehan pekerja sambilan pada masa akan datang dijamin lebih teratur dan tidak menyalahi tatacara perolehan kerajaan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi aplikasi X, melampirkan kenyataan RTM tersebut sambil mengesahkan perkara tersebut sudah selesai.
“Selesai,” tulisnya ringkas.
Sebuah portal baru-baru ini memetik sumber sebagai berkata gaji seramai 700 pekerja sambilan stesen penyiaran berkenaan belum dibayar.
Mereka mendakwa telah diberitahu bahawa RTM sedang menunggu dana daripada kerajaan untuk membayarnya. - Media Telus
Berita berkaitan
June 22, 2025, 11:57 am
Polis sahkan anggota bertugas cabut suis motosikal pelajar dalam video tular
June 22, 2025, 9:27 am
Bas terbabas di jalan Genting, 25 penumpang berdepan detik cemas
June 22, 2025, 9:20 am
Polis siasat video palsu libatkan bekas ketua polis negara
June 21, 2025, 8:02 pm
NTW 2025 catat kejayaan luar biasa, 3.2 juta penyertaan melebihi sasaran
June 21, 2025, 2:01 pm
Malaysia pantau rapat konflik Iran-Israel, utamakan keselamatan rakyat – Mindef
June 21, 2025, 1:55 pm
KDN FC bakal dibimbing Elavarasan dan jurulatih antarabangsa musim depan
June 21, 2025, 1:49 pm
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Mohd Khalid Ismail atas pelantikan sebagai KPN
June 21, 2025, 1:44 pm
Guru pusat asuhan ditahan, dua kanak-kanak didakwa dirotan
June 21, 2025, 1:35 pm