Berita Berita
Kerajaan pertimbang benar kereta Brunei isi minyak kuning di Miri

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempertimbangkan cadangan membenarkan kenderaan yang didaftarkan di Brunei untuk mengisi petrol bersubsidi RON95 di stesen minyak di Miri, Sarawak.
Menterinya, Armizan Mohd Ali berkata ini kerana harga RON95 di Brunei jauh lebih murah, jadi tidak timbul isu bahan api itu diseludup ke negara jiran, lapor The Borneo Post.
Armizan berkata beliau akan meneliti kemungkinan berlakunya masalah bekalan RON97 di Miri, yang merupakan satu-satunya pilihan petrol bagi kenderaan berdaftar di luar negara.
“Kita akan meneliti cadangan ini dengan melihat data tertentu sambil mengambil kira bekalan RON97 di Sarawak, terutama di Miri.
Kita juga akan melihat kawasan tumpuan pengunjung atau pelancong dari Brunei untuk menentukan sama ada terdapat masalah dengan bekalan RON97 di kawasan-kawasan ini, katanya.
Armizan juga memberi peringatan kepada pengendali stesen minyak di Sarawak bahawa kenderaan dari Brunei dibenarkan untuk mengisi tangki penuh jika stesen minyak itu terletak lebih 30km dari sempadan Sarawak-Brunei.
Katanya, had maksimum 20 liter bahan api hanya terpakai kepada mereka mengisi minyak di stesen dalam lingkungan 30km dari sempadan.
Baru-baru ini, konvoi dari Brunei yang menyertai acara ‘offroad’ di Miri mengadu di media sosial selepas tidak dibenarkan mengisi minyak di beberapa stesen minyak.
Armizan berkata kejadian itu berlaku akibat salah faham oleh pengendali stesen minyak.
Berita berkaitan
July 8, 2025, 11:25 am
Cikgu tadika rugi lebih RM100,000 terjerat tawaran kerja tak wujud dalam talian
July 8, 2025, 11:23 am
AGC: PM bukan sekadar konduit dalam pelantikan kehakiman
July 8, 2025, 11:06 am
Lawatan ke Brazil kukuh hubungan dua hala, lonjak nama Malaysia di peringkat global
July 8, 2025, 10:46 am
Tarif Trump 25 peratus: MITI sedia teruskan rundingan dengan AS
July 8, 2025, 10:26 am
Lelaki maut tercampak ke dalam parit dalam kemalangan dua motosikal
July 8, 2025, 10:18 am
Sidang Kemuncak ASEAN oktober ini terbesar dalam sejarah – Anwar
July 8, 2025, 10:06 am
Rosmah menang saman fitnah isu ilmu hitam, 'TikToker' diperintah bayar RM100,000
July 8, 2025, 9:49 am
PM sedih tragedi kereta tenggelam menimpa 6 beranak di Sungai Korok
July 8, 2025, 9:32 am
Lelaki dikejar orang kurang siuman dengan gunting di Stesen MRT Sungai Buloh
July 8, 2025, 9:18 am