Berita Berita
Lelaki maut tercampak ke dalam parit dalam kemalangan dua motosikal

BAGAN SERAI 8 Julai – Seorang lelaki maut selepas tercampak ke dalam parit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Parit Buntar ke Sungai Bogak, di sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan dipercayai membabitkan pertembungan antara dua motosikal jenis Yamaha LC dan Honda EX5.
“Penunggang Yamaha LC, lelaki berusia 58 tahun, didapati tercampak ke dalam parit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, seorang lagi mangsa iaitu penunggang Honda EX5, berusia 44 tahun, hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketua operasi melaksanakan penilaian awal situasi sebelum mengarahkan rawatan awal diberikan kepada kedua-dua mangsa.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa cedera dihantar ke Hospital Parit Buntar menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya.
Operasi yang disertai lapan anggota bersama satu jentera dan satu unit EMRS itu tamat sepenuhnya pada jam 8 pagi. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 8, 2025, 2:47 pm
Empat syarikat dipanggil beri penjelasan isu kenaikan harga – KPDN
July 8, 2025, 2:39 pm
Nama Ahmad Zahid 'rosak' kerana pertahan UMNO – Nurulhidayah
July 8, 2025, 2:02 pm
Polis siasat video AI palsu wajah Sultan Pahang, akaun bank disahkan tipu
July 8, 2025, 1:58 pm
23 kes ajaran sesat dikesan di Selangor, 12 sudah disabit kesalahan
July 8, 2025, 1:54 pm
Rapid Bus siasat insiden kecoh bas MRT, penunggang basikal di media sosial
July 8, 2025, 1:53 pm
Polis kesan kumpulan kayuh basikal halang laluan bas di Kuala Selangor
July 8, 2025, 1:50 pm
Empat lelaki mengaku salah curi penapis air masjid di Mantin dan Lenggeng
July 8, 2025, 12:10 pm
Pelajar maut motosikal ditunggang dirempuh dua pikap di LPT1
July 8, 2025, 11:25 am
Cikgu tadika rugi lebih RM100,000 terjerat tawaran kerja tak wujud dalam talian
July 8, 2025, 11:23 am