Berita Berita
Lawatan ke Brazil kukuh hubungan dua hala, lonjak nama Malaysia di peringkat global

KUALA LUMPUR 8 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatannya ke Rio de Janeiro, Brazil sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 sebagai satu kejayaan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas jaringan kerjasama strategik Malaysia di peringkat antarabangsa.
Menerusi hantaran di Facebook selepas selesai urusan rasmi delegasi Malaysia di negara berkenaan, Anwar berkata lawatan itu berjaya mencapai matlamat utamanya, termasuk memperkukuh hubungan dengan Brazil dan negara-negara anggota BRICS yang lain.
“Nama Malaysia terus meniti di bibir pelabur antarabangsa hasil komitmen tidak berbelah bahagi seluruh pasukan kerajaan Madani dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi yang mampu memacu pertumbuhan dan menjana manfaat buat rakyat.
“Usah kita terganggu dengan suara sumbang yang cuba memperlekehkan usaha ini. Perjalanan kita masih panjang dan kita akan terus mara dengan tekad serta iltizam membawa perubahan nyata buat negara dan generasi penerus,” katanya.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan misi berkenaan termasuk pegawai kementerian, agensi berkaitan, Kedutaan Besar Malaysia di Brazil, pasukan keselamatan serta petugas media atas dedikasi mereka.
“Kita terus melangkah ke hadapan demi Malaysia yang lebih disegani, stabil dan sejahtera. Obrigado, Brasil. Até nos encontrarmos novamente,” kata beliau.
Perdana Menteri berlepas pulang ke tanah air pada Isnin selepas menyelesaikan siri lawatan kerja ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil.
Pesawat sewaan khas Malaysia Airlines yang membawa Anwar dan delegasi Malaysia berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Galeão (BAGL) pada jam 1 tengah hari waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia). – Media Telus.
Berita berkaitan
July 8, 2025, 2:02 pm
Polis siasat video AI palsu wajah Sultan Pahang, akaun bank disahkan tipu
July 8, 2025, 1:58 pm
23 kes ajaran sesat dikesan di Selangor, 12 sudah disabit kesalahan
July 8, 2025, 1:54 pm
Rapid Bus siasat insiden kecoh bas MRT, penunggang basikal di media sosial
July 8, 2025, 1:53 pm
Polis kesan kumpulan kayuh basikal halang laluan bas di Kuala Selangor
July 8, 2025, 1:50 pm
Empat lelaki mengaku salah curi penapis air masjid di Mantin dan Lenggeng
July 8, 2025, 12:10 pm
Pelajar maut motosikal ditunggang dirempuh dua pikap di LPT1
July 8, 2025, 11:25 am
Cikgu tadika rugi lebih RM100,000 terjerat tawaran kerja tak wujud dalam talian
July 8, 2025, 11:23 am
AGC: PM bukan sekadar konduit dalam pelantikan kehakiman
July 8, 2025, 10:46 am