Berita Berita
Sidang Kemuncak ASEAN oktober ini terbesar dalam sejarah – Anwar

RIO DE JANEIRO 8 Julai – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan mesyuarat berkaitan yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober ini dijangka menjadi yang terbesar pernah dianjurkan dalam sejarah penganjurannya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa ketua kerajaan dari luar ASEAN telah mengesahkan kehadiran mereka bagi menghadiri persidangan yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober itu.
Antara pemimpin yang dijangka hadir termasuk Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni; Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva; dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.
“Ini memberi gambaran bahawa Sidang ASEAN Oktober nanti akan menjadi lebih meriah berbanding sebelum ini, kerana selain negara anggota ASEAN dan rakan dialog tetap seperti Jepun, Korea Selatan dan China, ramai lagi pemimpin luar akan turut hadir,” katanya.
Tambah beliau, penganjuran itu merupakan tanggungjawab besar bagi Malaysia namun yakin mampu dilaksanakan dengan baik.
“Saya percaya ini satu tugas yang berat, insya-Allah kita dapat pikul bersama,” katanya pada sidang media menutup lawatan kerja beliau ke Itali, Perancis dan Brazil yang bermula 1 Julai lalu. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 8, 2025, 3:00 pm
Perbezaan pendapat dalam PKR bukti demokrasi sihat – Saifuddin
July 8, 2025, 2:52 pm
Malaysia masih ada masa runding tarif 25% dengan AS – Tengku Zafrul
July 8, 2025, 2:47 pm
Empat syarikat dipanggil beri penjelasan isu kenaikan harga – KPDN
July 8, 2025, 2:39 pm
Nama Ahmad Zahid 'rosak' kerana pertahan UMNO – Nurulhidayah
July 8, 2025, 2:02 pm
Polis siasat video AI palsu wajah Sultan Pahang, akaun bank disahkan tipu
July 8, 2025, 1:58 pm
23 kes ajaran sesat dikesan di Selangor, 12 sudah disabit kesalahan
July 8, 2025, 1:54 pm
Rapid Bus siasat insiden kecoh bas MRT, penunggang basikal di media sosial
July 8, 2025, 1:53 pm
Polis kesan kumpulan kayuh basikal halang laluan bas di Kuala Selangor
July 8, 2025, 1:50 pm
Empat lelaki mengaku salah curi penapis air masjid di Mantin dan Lenggeng
July 8, 2025, 12:10 pm