Berita Berita
PM sedih tragedi kereta tenggelam menimpa 6 beranak di Sungai Korok

KUALA LUMPUR 8 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga enam beranak yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang tenggelam di Sungai Korok, dekat Jitra, Kedah, semalam.
Dalam satu hantaran di platform X, Anwar turut mendoakan agar ahli keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat itu.
“Saya amat sedih dan berdukacita menerima khabar tragedi menyayat hati melibatkan enam sekeluarga ini.
“Moga mereka dikurniakan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini, dan roh semua mangsa dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.
Tragedi tersebut sekali gus merungkai misteri kehilangan enam sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu selepas waris mengesahkan identiti mayat yang ditemukan dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara di dasar sungai tersebut.
Mangsa dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, bersama empat anak mereka — Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan bayi lelaki mereka, Tuah Haydar, berusia enam bulan.
Kejadian tersebut mengundang simpati pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat yang turut terkesan dengan insiden menyayat hati itu.
Berita berkaitan
July 8, 2025, 3:00 pm
Perbezaan pendapat dalam PKR bukti demokrasi sihat – Saifuddin
July 8, 2025, 2:52 pm
Malaysia masih ada masa runding tarif 25% dengan AS – Tengku Zafrul
July 8, 2025, 2:47 pm
Empat syarikat dipanggil beri penjelasan isu kenaikan harga – KPDN
July 8, 2025, 2:39 pm
Nama Ahmad Zahid 'rosak' kerana pertahan UMNO – Nurulhidayah
July 8, 2025, 2:02 pm
Polis siasat video AI palsu wajah Sultan Pahang, akaun bank disahkan tipu
July 8, 2025, 1:58 pm
23 kes ajaran sesat dikesan di Selangor, 12 sudah disabit kesalahan
July 8, 2025, 1:54 pm
Rapid Bus siasat insiden kecoh bas MRT, penunggang basikal di media sosial
July 8, 2025, 1:53 pm
Polis kesan kumpulan kayuh basikal halang laluan bas di Kuala Selangor
July 8, 2025, 1:50 pm
Empat lelaki mengaku salah curi penapis air masjid di Mantin dan Lenggeng
July 8, 2025, 12:10 pm